Wednesday 29 August 2012

Pemergianmu Wahai Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim.. Al-Fatihah..

Masa raya ke-6 aku telah kehilangan seorang kawan yg amat aku sayangi, Siti Aminah Amad Kadri. Pukul 3,40 a.m aku dapat call yg menyatakan min dah takde. Hanya Tuhan je yg tahu perasaan aku masa tu. About 2 years we have known each other. First, i met her at KMJ during KAKOM. Kami sama2 jadi sukarelawan termasuk amirah, hannah, bicaa, esto, nazra, ej, farah kang, athirah. keluk, cnur n so on. After that kami terus jadi satu geng "Beautiful Monsters".. Terlalu banyak kenangan di KMJ, Tambah pula aku dapat satu universiti dgn arwah min. Betapa gembiranya coz sahabat sehati sejiwa aku pun dapat sana. Arwah pun penah request dulu nak dapat sama uni. Alhamdulillah Allah makbulkan doa dia. Selama setahun dekat uni pun kami banyak spend masa sama2. Pantai is the most fav location kitorang, Kalo pegi pantai tak sah kalo tak snap pic banyak2. Rakam2 video. Date kat Pantai Batu Buruk, celebrate birthday arwah kat KFC Giant, sama2 blaja Taekwando n macam2 lah. If nak story sume 10 page pun tak cukup. Tapi itu sume tinggal kenangan dan aku akan jadikan ia sebagai kenangan manis dalam hidup. Susah senang kami bersama.  Arwah min adalah orang yg paling rapat dgn aku. Before this aku tak pernah rapat dgn org lain macam aku rapat dgn dia. Memang berat tuk menerima hakikat ni. Masih terngiang-ngiang suara manja, wajah arwah di mata aku. Kita akan sentiasa ingat min, doakan min, bacakan yasiin tuk min n kita akan selalu tengokkan papa mama min k :'') . Semoga rohmu dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Min seorang yg baik hati, penyayang, murah hati, pemaaf, solehah, semoga syurga menjadi tempatmu. Amin Ya Robbalalamin.....

PERPISAHAN INI
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu




P/S : Sesal kemudian hari tak berguna. Just appreciate what we have :')

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.